BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 22, 2011

~happyNYE dia part 2~

hye2... :)
ni sambungan daripada entry pagi tadi..hihihi
dalam sambungan nie chu nk kongsi resepi nasi tomato n ayam masak merah yg chu masak petang tadi.. :)
sesiapa nk try..bolehlah try.. (^_^)

nasi tomato :)

NASI TOMATO (utk 3 cawan nasi )

Bahan-bahan :
3 cawan nasi
Rempah Ratus (bunga cengkih+kayu manis+ketumbar+bunga lawang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minya sapi
1/2 tin kecik tomato puri
1/4 susu cair (kalau nk lagi lemak bubuh 1/2 tin)
aAir mengikut kesesuian

CARA MEMBUAT 
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk
3. Tumiskan rempah ratus.
4. Masukkan bawang,halia dan bawang putih..tumis sampai naik bau.
5. Masukkan tomato puri dan susu cair..masukkan air sedikit2 mengikut kesesuian pada sukatan beras
6. Kacau sampai mendidih..dan tutup api kemudian tuang ke dalam periuk nasi n tanak seperti biasa

p/s : sukat ketinggian air terlebih dahulu dan tanda sebelum memasukkan kuah.


ayam masak merah :)

AYAM MASAK MERAH 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
1/2 cawan sos tomato
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 tangkai cili kering
garam secukup rasa

Cara Memasak :
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit dan garam. kemudian goreng 1/2 masak.
2. Blender bawang merah,bawang putih,cili kering dan halia.
3. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan yang diblander sampai naik bau dan minyak.
4. Kemudian masukkan sos tomato dan tomato yang telah dipotong dadu. masukkn sedikit air. Tumis sehingga naik bau dan mendidih.
5. Setelah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga kuah menjadi pekat.
6. Setelah kuah menjadi pekat..tutup api dan hiaskan dengan sedikit daun ketumbar :)

hasil masakan speacial tuk bufday boy MOHD FAUZI B. SHAFII :)

p/s : slamat mencuba..hihiihiihi






~happyNYE dia~

hye u all.. :) assalamualaikum.. :)
salam jumaat..hik3..
sebelum chu mulakan bicara..kita mulakan dengan senyuman terlebih dahulu.. :) chesse... (^_^)
kalau u all nk tau..
hari nie besday my hubby.. hihihihihi ;p
sejak semalam hubby chu..asyik senyum je...muke die berseri2..
nampak sgt die gembirakan..hihihihi
gembira sebab ape tak tau lak chu..errrrmmmm..
tapi tak pelah..asalkan die hepi..chu pun turut hepi :)
tuk hbesday die kali nie..chu tak dapat wat suprise :(
anyway..chu sempat gak lah masakkan makanan kegemaran die..:)
jap g chu nak masak nasi tomato speacial tuk dia pulak..hihhihihi
oklah..chu nk mulakan operasi memasak..
nnt kita jumpa di next entry ea..
daaaaaa :)

khas tuk my hubby :) 

p/s : slamat ulang tahun kelahiran SAYANG...semoga panjang umo..murah rezeki n menjadi suami yg soleh dan solehah...aminnnnn mmmuaaaaahhhhhhh :) (^_^)

Thursday, July 14, 2011

~masak~

hye...
rini chu nk discuss gan korang bab2 memasak..hik3
mesti korang pernah dengarkan..adik2 pompuan korang..kakak2 or kawan2 korang cakap
"aku tak reti masak lah" 
tak pun mak2 korang cakap "mcm mana nnt nak bagi laki ko makan kalau masak telur pun tak reti?
kalau kita nak kawen..mesti mak2 kita akan pesan..
'kalau nk pikat suami..pada perut die..air tangan isteri tuelah pengikat kepada kasih sayang suami isteri..'
betul ke???hihihihi
orang dulu2 pun ade cakap..walau tinggi mana pun pelajaran..pangkat..akhirnya ke dapur jugak..
kenapa ea????? masak nie asyik nk dikaitkan dgn wanita je..kenapa tak kaitkan dgn lelaki ea??
tapi kalau kita tgk skrng..ramai lelaki yg jadi chef berbanding wanitakan..hihihihi
tapi sampai sekarang..kalau tny kebanyakan lelaki semua nk calon isteri yang pandai masak..kenapa ea??
sedangkan..depa sume pun reti masak..kalau bini tak reti masak..suami masakkn tuk isteri..ape salahnyekan..hihihihhi

semua kat atas nie pernah menjadi pertikaian dalam diri chu..
chu sering tertanya2 kenapalah golongan wanita nie nk kne kaitkan dgn masak-memasak nie..
mak chu pun slalu bising..
tapi segalanya dah terjawab bila chu dgn rasminya menjadi seorang isteri :) 
masak bukanlah sesuatu syarat n aspek yg penting tuk berkawen...
tapi masak akan memberikan sesuatu kepuasan dalam diri kita..
tambah2 kalau suami kita yg makan..n masakan kita dapat pujian..
gembira sangat..(ase mcm nk lompat2 je..hihihi)
perasaan nie akan membuatkan chu lagi semangat nk masak..hihihihi
chu sbnrnya bukanlah pandai masak sgt..
setakat yg asas2 mcm kari..asam pedas..masak merah...sup..masak lemak..chu retilah..
tapi sebbkn aura perkahwinan..n dapat pujian dari hubby..
chu ase nk pelbagaikan masakan chu..
lagi pun..sekarangkan zaman moden..
kalau tak reti masak..buka je internet..taip je bende ape nk masak..semua akan keluar..
bak kata orang kat luar sana..semuanya di hujung jari anda...hihihhihi
so bagi sesiapa yg baru nk belajar memasak..
jgn putus asa..teruskan usaha korang..
chaiyok2...hihihihihi 

mi kari n jus honey dew hasil air tangan chu buat suami tercinta..hik3 ;p

p/s : trima kasih MAK..sbb ajar akak masak..saaaaaayang mak :)

Tuesday, July 12, 2011

~kongsi2~

hye..akibat kebosanan yg melampau di tinggalkan kesorangan malam nie..
hny fb lah peneman..hihihihi
dok belek2 fb..skali chu ternampak artikel nie..
so asenye nk sharelah gan korang ape yg chu dapat nie.. :)

KUNING ITU BERSIH????


Bersih 2.01 Kuning itu Bersih?

( 4 perkara yang semua ummat islam kena belajar dan faham sebelum buat sesuatu amal…)
Pada suatu hari..
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat anak lelaki aku sedang keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan apatah lagi beliau sedang memakai baju berwarna KUNING!!!
Alhamdulillah, pintu pagar berkunci dan anak kunci ada pada aku.
Beliau berpatah balik dan aku pun menasihatinya.
Wahai anakku, apakah gerangan kamu muram begini?
Kamu ingin keluar?
Ke mana kamu ingin pergi?
Adakah kamu ingin pergi ke perhimpunan ‘Haram’?
Untuk apa kamu di sana?
Dan berbaloikah untuk kamu lakukan semua itu?
Sebelum kamu pergi, ayah ada nasihat yang berguna untukmu, dan ayah akan ajar kamu serba sedikit tentang ugama dan aplikasinya. (insyAllah..)
Wahai anakku,
Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Kumpulan Yakuza, atau Kongsi gelap China atau kumpulan Gagak Hitam, atau gerakan Taliban, Al Maunah, Ahli MLM, Ayah Pin dan apa sajelah, semua itu memerlukan kepada ahli yang ramai supaya nampak lebih hebat, lebih berkuasa dan bakal menggerunkan pihak musuh.
Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Kita boleh tengok betapa berani dan anggkuhnya akan samseng samseng jalanan bila mereka dapat berkumpul dan berarak.
Atau betapa liarnya mat rempit sebaik sahaja dapat berkumpul.
Lagi sekali, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Inilah yang bermain di fikiran Abu Jahal dalam perperangan Badar, orang islam 313 orang nak lawan 1000 tentera?
Kelakar!
Lalu Abu Jahal mengupah artis artis wanita untuk beryair dan bergurindam bagi meraikan kemenangan.
Hakikatnya, memanglah manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Di rogol beramai-ramai?
Di rompak sekumpulan penjenayah bersenjata?
Di belasah peminat bola pihak musuh?
Di pijak manusia di perhimpunan perdana?
Di belanja teh tarik oleh sekumpulan kaki lepak kedai Mamak?
Apa -apapun, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Jadi kamu wahai anakku, berkumpulnya kamu di sana untuk apa?, untuk menunjukkan kekuatan?bantahan?keinginan?kemahuan?suka-suka?
Atau tak kisah kamu nak berkumpul ke apa. Atau nak buat apa-apapun. Lantak kamu ler..
Tapi sebelum kamu buat sesuatu perkara. Dan perkara itu pula kamu buat dengan sungguh-sungguh dan ‘bermati-matian’, malahan mungkin terbit dalam diri kamu bahawa ini adalah satu bentuk ‘Ibadat’ dalam perjuangan menegakkan syiar Islam kononnya…maka sebelum semua itu berlaku, Sebagai seorang islam kamu kena jawab EMPAT soalan dari Ayah.
Jika setiap soalan ini dapat kamu jawab, lantaklah kamu nak buat apa-apa pun. Ayah akan sokong kamu dan mungkin akan menyertai kamu, tapi jika kamu gagal jawab ke empat-empat soalan ini, jangan harap Ayah nak bukak pintu pagar itu!!
Lakum die Nukum wa li yad’deen.

4 Soalan yang semua ummat islam kena jawab sebelum buat sesuatu amal

Soalan pertama.
Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)

Maka bagilah jawapannya cepat! Jika kamu buat kerana duit, atau kerana inginkan nama, atau kerana nak masuk TV, atau Youtube, atau Al Jazeera, atau nak mengorat anak Anuar Ibrahim, atau anak Nik Aziz atau apa ke jadah, maka tak payahlah kamu nak teruskan niat kamu itu dengan perantaran kancah politik yang so called islamik. Siapa yang buat amal kerana selain Allah, maka masuklah kamu dalam neraka. Bukan Ayah kata, tapi Nabi kata. Faham?!
Tapi jika kamu bagi jawapan bahawa saya buat semua ini kerana Allah, semata-mata kerana Allah, hanya untuk menyukakan Allah, maka itu yang terbaik, tapi sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke dua..

Soalan kedua.
Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?

Sila bagi Dalil dan Nas, katakan bahawa ini adalah perintah Allah, ada dalam Al quran ayat sekian-sekian, ada dalam hadith sekian-sekian, atau mungkin kamu akan cakap,:
“Wahai Ayah, saya ada ketua, taat ketua samalah seperti taat kepada Nabi, Taat Nabi samalah seperti taat kepada Allah!”
Baiklah, jika itu jawapan kamu, sila mintak Dalil dan Nas dari ketua kamu, dari Tuan guru ke, dari Datok Sri ke, dari ustaz ulamak ke, pergi mintak cepat!, jika kamu ada Dalil yang menyatakan bahawa itu adalah perintah Allah, maka ayah akan bukak pintu pagar, tapi jika itu hanya perintah orang-orang yang terperangkap dalam kancah politik dan buat keputusan bercorak terdesak atau kuputusan bercorak popolar, atau keputusan bercorak simpati.
Maka, tak payahlah nak pergi ke tempat yang ’haram’…,
Walaupun kita sudah niat kerana Allah, tapi tetap tidak berguna jika itu bukan perintah Allah, Mana boleh cium bini orang dengan ikhlas bukan?
Mana boleh biarkan teman wanita anda bergurau senda antara pusat dan lutut dengan ikhlas bukan?
“Tapi ayah, mungkin tiada perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadith, tapi seandainya Nabi masih hidup(dan dah tentu jadi pemimpin parti saya), maka tentu Allah akan mewahyukan perintah ini”
Kalau kamu jawab macam tu, ayah akan lempang kamu!!!
Namun mungkin kamu dan ustaz ulamak kamu atau ahli politik ugama kamu akan berjaya akhirnya bagi jawapan bahawa ini adalah perintah dari Allah, lalu kamu bagi tamsil dan perumpamaan, yang mana setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah perintah dari Allah…, dan mungkin akan keluar hukum pula bahawa orang yang tak menyertai kamu di kira sebagi engkar perintah Allah dan masuk neraka lalu berpimpingan tangan dengan Firaun, (pulak dah…)
Baiklah, mungkin masuk akal dan logik akan hujjah-hujjah kamu bahawa itu adalah ’perintah’ Allah…
Namun, wahai anakku, sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke tiga.

Soalan ke tiga.
Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?

Soalan nombor tiga ini akan dapat di jawab HANYA jika kamu benar dalam jawapan kepada soalan nombor dua, kerana apabila sesuatu itu adalah perintah Allah, maka sudah tentu Nabi Muhamad SAW orang yang terawal melaksanakannya, dan bila Nabi SAW melaksanakannya maka dan tentu ada sunnahnya, ada hukumnya, ada niatnya, ada adabnya, ada tertibnya, tak boleh suka-suka ikut cara orang kapir dan yahudi berkumpul, kena ikut cara islam.
Maka sila bagi jawapan yang betul-betul releven, baru ayah bukak pintu pagar.
Namun seperti biasa, melalui usrah atau melalui ustaz ulamak kamu serta ahli politik ugama kamu, mereka berjaya akhirnya bagi jawapan yang menunjukkan penglibatan ulamak ulamak adalah dalil bagi Sunnah Nabi dengan hujjah bahawa ulamak itu pewaris Nabi, walaupun hanya ulamak politik tapi kamu anggap macam semua ulamak terlibat dan mungkin bagi kamu ulamak politik adalah ulamak yang paling afdal.. setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah “Sunnah nabi’, dan mungkin kamu akan berkata jika Nabi Muhamad masih hidup, atau Iman Mahdi dan nabi Isa turun, merekapun akan pakai baju kuning dan menyertai perhimpunan ini!!!
Wah wah wah! Berani betul kamu?!!
Tam spider kata:
Sama lu kita ‘salute’, Lu memang ‘hero’, Kitapun kecut perut, Tengok dari jauh!!!
Arghh! Bersyairlah pulak..
Maka kesimpulannya, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!, kita pergi kepada soalan seterusnya, sila jawab dengan teliti akan soalan ke empat.

Soalan ke empat.
Bagaimana kamu akan meng’istiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!,maka kamu kena buat jadual, jika solat kamu buat 5 waktu sehari, puasa sebulan sekali, dan berzikir pada waktu pagi dan petang, atau mengundi 5 tahun sekali, maka kamu juga kena selalu berkumpul kerana Allah dan ikut Sunnah Nabi mungkin pada setiap sabtu? Atau setiap bulan? Atau setahun sekali, mana-mana yang kamu sanggup. Tapi jika buat sekali sahaja dan lepas tu cuci tangan, maka itu bukanlah amalan yang baik, ingat! Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit.
Maka wahai anakku, ayah sebenarnya tidak melarang kamu untuk ke sana asalkan kamu mampu menjawab 4 soalan di atas.
Dan sebenarnya, 4 soalan ini hendaklah kamu tahu jawapannya untuk setiap ibadat kamu!!
Dalam solat kamu kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Begitu jugak dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan perkara ini tidak tertakluk pada yang wajib sahaja, yang sunnatpun begitu.
Sebagai contoh solat tahajjud, berzikir, baca Al quran, semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang mengambarkan bagaimana Nabi melaksanakan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.
Namun hari ini, telah banyak muncul pembaharuan yang di anggap baik, walaupun banyak keburukkan. Pembaharuan adalah bila bukan perintah Allah dan sudah tentu Nabi tak buat dan bertentangan dengan Sunnah Nabi, lebih buruk apabila kamu mengistiqamahkan pulak pembaharuan itu dan bermati-matian mempertahankannya.
Berbalik kepada perhimpunan manusia hari ini, Ayah lihat mungkin bilangan kamu yang datang mencecah 40 ribu orang, dan ada juga adik beradik Ayah serta kawan kawan Ayah ke sana ikut serta, sungguh bersemangat kamu semua, memandu dari pantai timur ke dataran merdeka, dan bila aku tanya, tak takut kena ISA ke? Kamu jawab, takpe sebab kami sedang berjuang..
Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Baguslah, Cuma Aku harap bila masing masing balik dari perhimpunan itu, jangan lupa perhimpunan manusia di Masjid setiap hari, kalau dalam kampung 5000 orang, tak kanlah solat subuh berjemaah boleh tinggal 5 orang, mana semangat kamu?, tak nak tunjuk semangat kamu kepada Allah? Nak tunggu masuk Al jazeera dan youtube? Nak tunggu wakil dari Book record?
Aku tahu perhimpunan kamu tempoh hari gagal mencecah 100 ribu kerana di halang oleh abang polis dan FRU.
Tapi apa pula yang menghalang kita dari berkumpul di masjid setiap hari?, jika waktu subuh, aku rasa kedai belum bukak, ofis pun belum start, rangcangan TV takde yang best, sekolah pun masih tutup, apa yang menghalang kita dari berkumpul di Masjid?
Sebuah bantal dan sehelai selimut?
Kasihan..
Masa ayah duduk di kemaman dulu, ada satu peristiwa yang mana Kerajaan telah bertindak untuk merobohkan rumah rumah yang di bina di tanah haram. Dan di antara rumah itu terdapatlah juga sebuah masjid yang di bina di tanah haram, setelah habis semua rumah di robohkan, maka tibalah giliran Masjid,
Akrian, bila masjid yang ingin di robohkan, maka berkumpulah semua orang kampung dan membuat perisai manusia mengelilingi masjid, mempertahankan Rumah Ibadat Orang islam.
Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.
Abang Polis pun turun dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana begitu ramai manusia, dan drever jentolak di dapati menangis insaf akan akhirnya, lalu Pihak berwajib berundur dan hilang dalam ramai.
Orang kampung menang, Kerajaan dan Abang polis kalah.
Orang kampung, 1, Kerajaan dan Abang polis, 0
Namun korang tahukah bila pulak jentolak itu datang untuk merobohkan masjid?.
Kelakar!
Waktu solat zohor, masjid itu tumbang, kenapa? Sebab takde orang datang!
Eh, silap, ada yang datang, dalam 4 ke 5 orang, tapi dah tentu mereka tak mampu nak buat perisai manusia seperti pagi tadi.
Soalan aku.
Mana pergi ribu-ribu manusia pagi tadi?
Tak ke hampeh?
Aku rasa jika masjid kita kena bakar waktu subuh hari sabtu, tengah hari jummat minggu depan baru kita sedar bahawa masjid kita sudah kena bakar..oh!
Sesungguhnya 8 orang yang bersolat secara berjemaah, lebih di sukai Allah dari 100 orang yang bersolat sendirian…
KRUNG, KRANG, KRENG!!!
Bunyi pintu pagar bergeser dengan rantai yang di pasak Mangga berjenama SOLEX…,
Anak lelaki aku menggoncangkan pintu pagar, cubaan untuk keluar dari rumah gagal, di luar rumah terlihat anak jiran yang sedang bermain dengan objek mainan berupa patung yang bertanduk..
Hampeh!, penat-penat aku membebel macam Mak nenek, anak aku buat tak peduli sahaja,
Kemudian anak aku datang pada aku dan berkata:
”Nanti, Ayah belikan Haikal Ultraman Taro ye?”
”InsyAllah”
Jawab aku selamba, lalu anak aku yang memakai baju kuning berjenama KIKO LALA itu dengan sedikit gembira naik basika roda tiga dan buat tawaf kat kereta aku di halaman rumah, sesekali beliau berhenti di pintu pagar yang berkunci sambil memandang taman permainan yang di penuhi budak budak lelaki bermain bola sepak.
Alahai anak lelaki sulungku, kamu baru berumur 4 tahun, tak boleh berhimpun di sana lagi, nanti bila kamu dah besar, pergilah sesuka hatimu, tapi jangan lupa jawab 4 soalan di atas dulu-Ok?!
Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Ps: Aku tiada baju kuning semenjak mendengar hadith Nabi tak suka warna –warna yang ‘mengusai kehidupan’, errr, boleh tukar colour lain tak bang?
** Sesuai ditanyakan pada diri sendiri, apa tujuan kita sebenarnya sedangkan perhimpunan 5x sehari pun macam chipsmore, adakah perhimpunan seperti itu-kah yang di berkati Tuhan? Hopefully, tiada lagi seperti tempoh hari, banyak menyusahkan orang.
P/S : MEMANG SESUAI BUAT RENUNGAN DAN MEMBUKA MINDA :)

~oh my HERO~

wAh....kalau tgk dr segi tajuk nmpk mcm gempak je kan....hahaha..
ape??? tak gempak..huhuhuhu :(
tak pelah..kalau tak gempak pun..
sbb bkn pasal gempak yg chu nk ceritakn..huhuhhu 
tapi chu nk cerita satu kisah yg agak mencemaskn..
yg agak lawak..(bg chu lah..hihi)
dan akhirnya..my hero menjadi penyelamat chu...
nk tahu..jom baca...hik3

ceritanye mcm nie...
seperti biasalah..bila dah bgn tidur pagi mestilah kita g mandikan...:P
chu pun mcm koranglah jugak.. tanpa membuang masa..lepas bgn je dr tido..chu trs mengadap laptop..hihihihi (tu yg utama)
bila dah ralik tgk laptop..tau2 jelah..kejap2..lama2 jadi berjam2..hihihihi
bila si suami chu dah bising suh g mandi..dgn kemalasan yg melampau..brulah chu  g ambik tuala n terus menuju ke bilik mandi..huhu

lepas 20 minit kemudian....

selesai sudah...chu dah wangi..urmm..wanginye..hihihihi PERASAN !!! :P
tanpa berlengah..chu trylah nk buka tombol pintu tue..
tup2..ALAMAK...tak leh nk buka...wuuaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(
mcm mane nie..hp dahlah tak de...nnt dok dlm tue smp mlm..takut..huhuhuhuhu
nk panggil hubby..hubby pun ade dlm bilik air tue jugak..wakakkakakaka
nmpk gaya dua2lah terperangkp dlm bilik air tue..huhuhuhu
apa die??? haa...chu wat ape gan hubby??
ehem2.....hahahaha haa...jgn dok pikir2 kuning okey..
tak mao...tak mao... :)

ok..berbalik pada cerita asal..
tanpa membuang masa dan mengunakan kudrat lelaki yg ada..
hubby chu usahalah kopakkan tombol pintu tue..
sampai bermandi peluh die dibuatnye...
agak2..lepas 15 minit...
dgn berkat usaha die..tombol tue berjaya dikopakkan..
dan chu gan hubby dptlah keluar dr bilik air tue..hik3..
skrng..pintu tombol tue dah osak..n skali gus nnt akan terbanglah wet hubby chu nnt..hik3..
yelah..nk baiki balik tombol yg rosak...kn kne guna wet...hihihihihi

nilah my hero..hihihihi

skrng ini penganti for my hero..n die jugak adalah my hero..hihihihi


p/s : actually..chu releks je mse kejadian tue berlaku..n hubby chu yg sebenrnya perasan yg tombol tue tak leh buka..hik2..

~aLhamduLillaH~

hye..morning u all :)
sihat ke?(cewah...tak pernah2 tny..tetiba tny..buang tebiat ape..hik3)
actually chu ase hepi pagi nie :)
nak tau sbb ape???
jeng..jeng..jeng..hihihhihihi
actually..actually..
tak de pape pun..saje je nk mengedik gan korang..hahaha :p
hari2 chu hepi tau.. :) (kononnyelah..hihi)
org ckp..walaupun kita tak hepi..sedih..kalau kita wat2 hepi..mesti lama2 kita akan hepi kan :)
biarlah segalanya chu yg merasa sendiri..hihihihi
anyway..chu bersyukur..alhamdulillah..kerana segala penderitaan dulu dah di gantikan dgn kebahagiann yg dekecapi skrng..chu harap..kebahagian ini akan kekal selamanya..hingga akhir hayat.. :)

p/s : trima kasih YA ALLAH kerana engkau telah mengurniakan die utk menemani hidup ku..semoga dia lah jodoh yg terbaik buat aku skrng hingga ke syurga..amin :)

Sunday, July 10, 2011

~sEkali LagI~

hye...
kalau tgk dr segi tajuk entri mesti korang dah agakkn chu nk cite sal ape..hhihiihi
kalau tak tau..cer teka..cer teka.. :)
haaa...pandai pun korang..(berdialog sorang2..wakakaka)
chu sebenarnya bru balik dari tgk cite SEKALI LAGI.. (^_^)
so chu nk kupas lah skit2 pasal cite nie..hihihihihi (berangan nk jadi pengkritik jap.. :p)
bg pandangan peribadi chulh kn..(ehem2..cewah..hihiihihi)
cite nie menarik n dah berjaya menambat hati chu..
ditambah pula dgn adenye lakonan si kecik MIASARA NASUHA yg cukup petah berkata2 n cerdik nie..
mmg tak kering gusilah bila tgk celoteh die..hihihihi 
tapi....chu tak puas hati..
sbb ending yg chu bayangkan tak sama gan ending cite sebenar..huhuhhuhu\
chu nk SHEILA (LISA) kawen dgn AMRAN (SAM)..huhuhuhuhu
tapi sheila kawen gan..sape ea..lupelah nama pelakon tue..hahahaa
pape pun..chu enjoy tgk cite tue... :)
jom kita usha2 die punya trailer SEKALI LAGI :)


p/s : kalaulah MIASARA NASUHA ade depan mata nie..eee....dah lama chu cubit..hahaha (suke2 hati je nk cubit anak org kan..hik3)

~berSiH~

hye..hye..hye...wassup..hihiihihi
hui..ari nie sibuk semua cerita pasal BERSIH..
mcm2 statement yg kuar..
bg penyokong BERSIH..dah tentulah mereka menyatakan perkara yg baik2 tentang BERSIH nie..
bg yg pembangkang BERSIH nie pulak..mcm2 hinaan dan kutukan yg dilemparkan..
haaaissshh..dunia2..
bg chu pulak...chu taklh memihak mana2 pihak..
chu akui..mmg btl ckp penyokong2 BERSIH nie..kita ada hak utk bersuara..sbb kitakan mengamalkan konsep demokrasi..
tapi..bg chu..biarkan nk bersuara tue..kita buat secra profesional..gunakan saluran yg sebetul2nya...
kita tgk cara RASULLAH S.A.W...baginda berdakwah pun ade caranya..
jgnlah kita sampai terikut2 budaya luar..
knplah kita tak ikut pada landasan AL-QURAN dan AL-SUNAH..
chu nie bknlah bagus sgt dlm hal2 agama..tpi chu slalu ingt pesan mak..bila apa yg berlaku..kita berbaliklah pada yg utama..iaitu AL-QURAN dan AL-SUNNAH..insyallah..ada penyelesaiannya...
chu tak taulah..knp kita perlu bersekongkol dgn amiga tue..permintaan yg entah pape je..ase chu permintaan die tu lebih kpd nk jatuhkan nama islam n org melayu je..
kat bawah nie..ade beberapa perkara tuntutan yg dibuat oleh amiga..tak tahulah betul ke idak..bende nie kawan chu yg bg..so..sama2lah kita renung2kn..

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!


p/s : semoga negara kita akan kekal aman..dan dibawah perlindungan yg MAHA ESA..Amin...

Friday, July 8, 2011

~TimE tO hOneymOOn~

hye2...rindu...rindu..rindu sgt kat page blog chu nie..hihihihihi 
how are u dear?kalaulah chu blh nmpk sawang2 kat page chu nie..mesti dah penuh sawangkn..smp tak nmpk dah kecomelan page chu yg comel nie..hik3 (perasan)
wokeh..ptg nie chu nk story pasal honeymoon yg dah agak lama berlalu..hik3
kalu ikutkn dah basilah org ckp..tp bg chu hari2 chu honeymoon...hehe 

LANGKAWI ISLAND merupakan tempat distinasi tuk honeymoon chu n suami..
actually..tmpt nie chu yg pilih..(^_^) org cakap..langkawi boring..tp chu ttp bertegas nk g sane.dah lame sgt mengidam nk ke sana tau..(sbbnye chu tak pernh pergi lagi :p)
atas ase kasih syg..hubby chu pun ikutlah kehendak isteri die yg manje nie..hik3

mulenye dlm bayangan chu..langkawi nie besar..tapi upenye idak..besar langkawi nie lebih kurang besar pulau pinang..( bg chu lah..hihhi) tapi tak dinafikan..best g sane..ase tenang..jauh dr kesibukan kota yg busy..tmbh2 ade suami di sisi..hmm..lagi syok ler..hihihihii
kteorng dok sane dlm 3 hari je..20hb mlm smp..n 23hb pagi kteorng balik penang..:) 
byklah jugak tempat2 yg kteorng lawat mcm underwaterworld,cable car,taman hidupan liar,taman buaya,makam mahsuri,dataran helang,beras terbakar, n telaga tujuh,.mmg best..yg pling best ble time shopping lah..hahahaha ase mcm nk borong semua coklat kat situ...hihihihi
tp chu ase agak sedih kit..bab kmi tak sempat g mlawt pulau2 yg ade kat sne..huhuhuhuu :(
tapi ape2 pun chun ttp enjoy..hihihihi 
thanks yang..sbb bwa syg g sane tuk jalan2.. :) 
love u mmuah :*






sambil2 tunggu flight..kita bergambar dulu..hik3