BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 19, 2010

sua rasa tv9

pagi2 lagi  adik aku dah beriya2 lah dok ajak mak n ayah g sua rasa tv9 kat Quensbay..mulenye aku malas nk p..ape tak nye..smlam bru je sampai dr kg..so badan pun trase letih lagi..huhu..ble runding punya runding..last2 ayah setuju nak g..tue pun lepas lik kenduri..nak tak nak kne lah ikut g kenduri lu..huhu mula nak biar je adik g gan mak ayah .tp ble tgk muke die kecian lak die tak de kwn..so dgn perasaan malas aku pun siaplah..ini adalah first time aku g tgk karnival mcm tue..upenye taklah meriah sgt mcm dihebohkan di tv..huhu tp tk tau lah kot2 time aku p tue owg msih belum ramai..huhu try gak cri artis2...untung2 dpt bergmbr gan artis..tp tak dpt gak..dpt gmbr gan ipin je..tue pun jenuh rebut..huk3
gambr gan ipin pun jadi lah...hik3.. betul3.. ^-^

Friday, December 17, 2010

pulang sudah

setelah seminggu ok kg..akhirnya aku sekeluarga kembali sudah ke penang..walaupun aku tak drive td..tp penatnye terasa jugak..huhu pe tak nye...dok dlm kete hampir 10 jam..kejap tido..bgn mkn..tido lik..huhu penat2..hihihihi..tp pape pun syukur alhamdulillah..aku sekeluarga slamat smpai ke destinasi yg dituju..skrng sedang menghitung hari nk lik sabah lak..huhuhuhu ase kejap sgt mase berlalu..tak puas g nk dok semenanjung..huhuhu

Friday, December 10, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH

aku percaya..korang sume mesti suka makan ayam gorengkan..hihi daripada korang bli ayam goreng kfc yang mahal tu..bek korang cube resepi ayam goreng berempah aku nie..hik3..sedap tue..boleh tahan lah..sebab slalu jugak aku dpt pujian ble masak ayam goreng nie..hahaha ( bangga2 hik3 ) senang pun senang..mudah dan cepat..hihihi

BAHAN2 :

ayam
serai
garam secukup rasa
bawang putih
halia
tepung jagung
cabai boh / cabai yang dblende

p/s : kuantiti bahan terpulang pada korang mengikut kuantiti ayam yg digunakan. sbbnya nie resepi turun temurun..hihihi so kuantiti tak dikhususkan..:)

CARA2 MEMASAK :

Blader serai,bawang putih,halia dan cabai boh. kemudian campurkan dengan tepung jagung n garam.gaul bagi sebati..perapkan ayam seketika..lagi lama perap lagi bagus..akhir skali goreng ayam tersebut sehingga masak..

SLAMAT MENCUBA :)

mengalah

setelah bergaduh je..akhirnya aku ambil keputusan utk mengalah..huhuhu walaupun ati aku geram..aku cuba nk pertahankan ego..tp sebabkan sayang..cinta ku terhadap dia..aku pun mengalah lah..huhuhu tp owg ckp..kalah tak semestinya kita kalah..aku percaya..kekalahan aku nie akan diakhiri dengan kemengan juga satu hari nanti ^-^ tp yang tak bestnye..dia masih belum boleh ceria lagi..huhu dia perlukan masa..dan aku akan akan beri banyak mane masa yang dia inginkan..yang penting dia bahagia..kebahagian dia kebahagian aku jua :) moga hubungan kita kekal slamanya..amiin :)

KAU KESAYANGAN KU



Sayangku,
Perkenalan ini tidak terduga untuk
Sampai ke tahap ini.Ke tahap rindu yang kian
Memuncak terhadap dirimu.Rindu senyuman tawamu,
Rindu lirikan matamu,rindukan suaramu dan rindukan dirimu…

Sayangku,
Aku tahu kau benar-benar menyayangi diri ini.
Dan percayalah yang diri ini juga menyayangi dirimu.
Aku sentiasa berdoa agar pohon asmara yang kita sendiri
memilihnya untuk disemai akan mekar.Dan kuntum-kuntum
bunga yang mewangi akan turut berkembang seiring.

Sayangku,
Kaulah segalanya bagiku.Aku terlalu rindukan dirimu apabila
Kau tiada di sisi.Rindu dendam terhadapmu,akan terlerai
Bila terpandang wajahmu.Pabila belaian asmaramu membelai
Jiwaku.aku teramat bahagia pabila denganmu.

Sayangku,
Sedangkan lidah lagikan tergigit.Inikan pula kita yang berkasihan
Aku tahu adakalanya kau tersinggung dengan sikapku.Tapi
Percayalah,aku tidak bermaksud untuk melukakan hatimu.
Namun apakan dayaku ini semua ketentuan ilahi.
Anggaplah semuanya dugaan dan ujian untuk menguji sejauh
Mana tahap kesetiaan kita bersama.Namun usahlah dikau
Bimbangkan diri ini.Diri ini akan sentiasa menyayangi dan
Mencintai dirimi.Selagi hayat dikandung badan selagi dirimu setia
Dan menerimaku.

Sayangku,
Bersama kita berdoa agar apa yang kita impikan akan menjadi
Kenyataan dan kita akan bersam selamanya…

lipstik dan maksudnya

lipstik dengan wanita memang tak dapat nak dipisahkan..paling2 simple pun seseorang wanita tue akan memakai lips ice atau lip gloss..pemakaian warna lipstik berkait dengan personaliti korang..nak tau lebih lanjut...bcalah samapi abis..hihihi

LIP GLOSS TANPA WARNA
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan neutral. paling tidak pun seseorang itu akan memilih lip gloss yang mengikut warna bibir.  walupun tiada warna,tetapi ia memberikan kesan simple yang tersendiri. personaliti yang gemar memakainya juga cukup mudah. mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. dan mereka juga lebih suka melepak di tempat yang mendamaikan diri.

WARNA PINK BERKILAT
Warna ini akan mencetuskan keseksian dan pesona kepada si pemakai. warna ini juga sesuai bg mereka yang berkulit gelap atau cerah. wanita yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. mereka juga tak suke cri masalah dengan owg lain..tetapi awas,mereka juga agak sensetif walaupun dr segi luaran kita lihat mereka seperti tidak kisah.

WARNA COKLAT
Warna nie sering menjadi pilihan kepada individu yang tidak suka terlalu menonjol dari segi imej. bagi mereka,bakat dan keupayaan diri lebih penting. mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. mereka juga mempunyai simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

WARNA UNGU
Bagi wanita yang memilih warna ungu merupakan seorang yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu.selalunya mereka ini mempunyai pengangan yang kuat dan mempunyai prinsip diri sendiri serta tak gentar dengan owg lain.

WARNA OREN
Mereka yang memilih warna ini merupakan seorang yang dedikasi terhadap kerjaya atau pelajaran. mereka juga seorang yang lemah lembut namun mempunyi sekeping hati yang keras. kadang kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

WARNA MERAH
Warna ini sering memnajadi pilihan kepada mereka yang inginkan perhatain ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh owg lain. pendek kata jgn cuba main-main dengan mereka ini. buruk padahnya nnt! namun begitu mereka sebenarnya seorang yang baik hati :)

Thursday, December 9, 2010

kenangan...

pejam celik..pejam celik..dah 4 taun lebih hubungan aku dan dia..aku masih ingt lagi mcm mne dia cube mencuri hati aku..sikapnya yg tulus nk berkenalan gan aku telah membuka pintu hati ku yang sememangnya dah cukup teluka dengan perbuatan insan yang bergelar lelaki..ketegsan dalam kelembutan yang dia tunjuk kan membuatkan aku lebih yakin bahwa dia lah insan yang boleh membimbing aku kelak..yang boleh mengimamkan aku serta anak2ku kelak..yang boleh membimbing aku dan anak2 ku ke jalan syurga..tp skrng semuanya hny kengan..insan yang aku kenal dulu kini telah ilang...aku dah cuba mencari..tp masih belum ku temui..kasih sayang yg dlunya kami siram supaya mekar selalu...kini ku rasa makin suram...aku harap suatu hari nanti..segala kenangan aku dan dia akn kembali menjadi realiti semula...sesunggugnya...aku rindukan dia.... 

sotong masak limau purut

rinie aku nk share gan korang resepi sotong masak limau purut..aku pernah try..sedap jugak..sampai licin owg mkn..hihihi

BAHAN A :
200gm sotong
2 sudu minyak
4 helai daun limau purut
5 bji bawang merah( dikisar )
2 helai daun kari
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu sos soya
1/2 sudu gua
1 sudu serbuk lada sulah
1 ulas bawang besar

BAHAN B :
10gm rempah kari
5gm rempah kunyit
3 sudu serbuk lada puith
3 sudu gula
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap

cara2 : perapkan sotong gan bahan B. Tumiskan serai,bwang merah n daun kari. bila dah nek bau masukkn sotong dan sos tiram,sos soya,gula,lada sulah dan bawang besar. kemudian goreng sehingga masak..

dugaan

masuk ari nie..dah 11 hari aku jadi tunang owg..ase mcm tak percaya pun ade.huhuhu owg kate tunang nie sebagai 1 foundation kite dalm melangkah ke alam umah tangga... (tp korang jgn plak wat hubungan nie 1 lesen lak tuk korang wat ape je korang suke..huk3) mulenya ble jadi tunangan owg mmg seronok..tp dlm seronok ade dukanya..huhu betullah kate owg..bertunang nie banyk dugaannya..kalu tak kuat..kite akan terbabas ditengah jalan..aku harap..aku bukan lah salah sorang dr golongan tue..huk3..moga2 aku dberi kekuatan dalam menghadapi segala dugaan,cabaran dan rintangan hidup nie...amiinn.....

Wednesday, December 8, 2010

siap sudah

huh..alhamdulillah setelah 3 hari berusaha selongkar selok belok blog..akhirnya siap juga blog aku nie..hihi..actually aku nie bukanlah pandai sgt nak mengarang..tapi ble tgk mak aku sendiri beriya2 nak wat blog tuk bisnes dia..aku pun ape lagi...sibuk gaklah nak buat..hihihi  manelah tau kan..kot2 aku leh share something gan korang sume..hihi pape pun welcome to my blog...jumpa korang di next post..hihi daaaa..... :)
There was an error in this gadget