BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 19, 2011

~semuanya kerana dia~

tinggal 14 hari aku akan di ijab kabul kan...
tp mlm nie tetiba kebahagiaan aku di ragut..
aku tak tahu angin ape yg melanda dirinya...
sehingga kan die tuduh aku buh gmbr pofile pic fb sbb nk tayang muke
nk tayang kecantikan pada semua orang...
sedangkan aku tak pernh terniat apa2 pun...
slama nie aku just buh gmbr doraemon..
ade mase aku nk bertukar angin..
tapi..............tuduhan ini yg aku dapt..
aku tak kisah andai aku di hina n di herdik oleh org lain..
tapi aku tak dapt trima kalu ianya keluar dr insan yg aku cintai....
dia kate die percayakan aku..
tpi kalu bru setakat mcm tue die  nk tuduh aku bukan2..
one day kalu aku di fitnah??? mcm mane pulak tindakan die?
aku buat semuanya kerana die..
perubahan aku buat semua tuk die..
sbb dia bakal bergelar suami aku tak lama lagi..
dan semestinya aku sentiasa berazam utk nmpk cntik or sedap mata memandang di mata die..
tapi..............die benar2 tidak mengerti... :(

Sunday, May 15, 2011

~home sweet home~

pweeewit...hik3
chu shuke..shuke...shuke..
hari nie ari ke-2 chu kat umah..
rindu siot..
puas sungguh2 puas...sbb dapat masak sendiri...mkn air tgn mak..memang puas (^__^)
tapi semuanya tak lama..huk3
lepas kawen chu akan pulang balik ke sabah lagi..huk3
(terpakse ikut suami..huhuhuhuhu)
pape pun...jom kita enjoy n gunakan semua mase yg ade sebaik2 nye...hik3
chaw...amigos.. :)


Friday, May 6, 2011

~hari ibu~

hari ni chu tgk ramai yg wishkan selamat hari ibu dlm fesbuk...
dlm2 dok usha status owg..tetibe chu ade terjmpa pasal satu artikel pasal asal usul hari ibu..
chu tak tau sama ada betul ke tak..
tp korang nilailah sendiri ea.. :)


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


bagi chu lah kan..tak salah kalu kita nk smbut hari ibu..
bila2 kita boleh sambut...
tak terhad pada tarikh bila n bila..
bg chu hari2 adalah hari ibu...
hari2 kita merayaknnya...
hari2 kita menghargai jasa serta pengobanan ibu yang tiada tandingannya...:)

tapi sempena hari ibu nie..chu nk ucapkan SELAMAT HARI IBU pada mak chu..
tanpa ibu.akaku takkn berada di sini sekrng...
trima kasih kerana telah mendidik akak dgn sabar..
maafkn akak andai akak ade membuat hati ibu mu tersinggung...
akak sayang mak sangat2..:)

Wednesday, May 4, 2011

~malam yang suram~

hmm..
mlm nie chu ase sunyi sgt...
tak tau lah kenapa...
apa yg chu pikir pun chu tak tau..
sedang roomate2 chu gelak kegembiraan....
hati chu dilanda kesunyian..
rindu padanya semakin mendalam..
chu mengharapkan kebahagian seperti dulu..
gelak ketawa seperti dulu...
tapi hilang dalam kegelapan..
makin chu cuba mencari..
makin jauh ia pergi...
tiap kali masej pasti hanya akan diakhiri dengan huhu..hahaha..hihihi sebagai modal..
adakah ini semua disebabkan terlalu lama perhubungan itu berlangsung?
atau adakah disebabkan sayang dan rindu itu yang semakin pudar?
atau adakah sebab chu n pasangan yg tak pandai dalam membuat suasana tu bertukar kegembiraan seperti dahulu??
betul2 sunyi....

Tuesday, May 3, 2011

~saya sedih bila dia sedih n saya gembira bila dia gembira~

Malam nie chu nk cite pasal my bestie...NUR MUIZZAH BT MOHAMMAD..hihiihi (mesti dia bangga nie..hahahah)
chu jumpa si iza nie taun lepas..
mase tue kteorang sama2 berbaris dok tunggu giliran nk daftar subjek tuk kos kteorang..
chu gan iza tak same kos.tp 1 sekolah..dia ambik geo..n chu lak ambik sej..
perangai kteorang kalu ikutkan memang tak same..hihihi sbb dia garang..chu lak ala2 lembut gi2..hahhaha (perasan beb...)
walaupun kteorng pernahlah ade selisih faham..tp chu syukur..sbb selisih faham tue lah yg membuatkan chu lebih paham dia n hubungan kiteorng lebih arkab.. :)
1 sem gan dia..kteorng sgt2lah enjoy..
dia gan beberapa owg kawn yg lain mcm gajoh,ecah,ija,lis n are jim kteorng mmg sekepala..g mane2 mesti ade muke kteorng...

tpi semuanya tak serupa pada sem nie.. :(
sem nie kteorng semua dah berpecah..are jim gan awek dia...gajoh gan hal die..ecah dah berenti sbb tak thn..ija lak..sbb....hmmm...yg masih boleh bertahan chu gan iza..
mungkin sbb kami 1 kg..tue yg merapatkan hubungan kami..tp chu harap walau nnt chu gan dia tk satu kg...kami masih boleh enjoy n rapat mcm selalu.. :)

sem nie betul2 1 sem yg menguji diri dia (iza)..
satu2 masalah yg dia hadapi...tp chu kagum sbb dia masih boleh tersenyum.. :)
chu sebenarnya ase sedih bila tgk dia sedih...
tp..chu tak tahulah nk gambarkan perasaan sedih tue mcm mane :( 
orang slalu ckp..termasuklah tunang chu...diorang ckp..chu ni tak reti nk menunjukkan reaksi ape yg dirasa.. :(
sbg contohlah kan..kalu chu rindu kat tunag chu..chu akan ckp yg "syg rindu ayg" tp perbuatan chu mcm owg tak rindu je..hhahaahhaha

sekali lg penegasan..chu mmg sedih bila tgk die sedih..tp chu tak tahu nk ckp kat dia mcm mane..
tp yg pasti chu sedia offerkan bahu chu bila dia perlukan...
1 ag sbb chu mcm nmpk seorang yg tak caring sbb..chu takut nk desak2 owg tuk cerita..n chu takut nk sebut nama2 yg chu tahu sering mengacau dia n wat dia sakit hati..huhu
chu takut nnt pertnyaan chu akan membuat dia teringat kisah lama or akan sakit hati balik..huk3
bagi chu baik chu bg dia senyuman..sbb chu harap senyuman chu akan membuatkn dia lebih tenang..
( wah..mcmlah ade magnet dgn senyuman ko tue chu...hahahaha perasan lebey)

tp now..
chu nmpk dia dah semakin bahagia :)
makin hari makin banyak gak die makn...
dah berisi skit dah chu tgk..hiiihihihi
chu hepi bila tgk kat fb dia ade tulis "in relationship with MONACO LS"
chu hepi bila bca kat blog dia..dia tulis b n abg..syg..syg ketat2..tue yg tak tahan..hihihii
bg korang mesti nie bende biasakan..
tp bg chu nie suatu pembahuruan wat diri dia n pasangan die..
dlu mmg susah nk tgk inrelationship tu...huhu
tp hikmah disebalik kejadian..semuanya berubah..
n chu tersangat hepi bila tgk die hepi... :)

opss...lupe nk bg tau korang..
satu je sampai sekarang chu takut gan si iza nie..
nak tau ape??????
 jeng..jeng..jeng..
chu takut tgk mata dia...hahhaha
kalu sekali dia jeling...
perh...mcm mak nk marah ank tu..hahhahaa
tambah2 kalu dia pakai celak....
menampakkan kegarangan diri die..hihiihi
dia juga yg slalu ingtkn chu jgn wat tue..jgn wat nie. :)
sbb kn perangai dia nilah chu panggil dia mama iza..hihihihi
tp actually dia ok n baik.. :)
n dia jugak bakal menjadi pengapit di hari bahagia chu :)
CHU SENTIASA DOAKAN DIA BAHAGIA :)

itu jelah tuk malam nie...sebagai memanaskan badan nak ambik feel study..hik3...see u all di next entry :)
daaa..^__^

nie waktu pendaftaran..muke sume nmpk inesen..hihihhi

miss this moment.. :(

ini juga..miss sgt :(

sengaja menyembunyikan sebahagian badan ku yg chubby..hahhaa


dah tak de koje.. :)

now...tinggal ber2 sje.. :(

menung ape tu mama iza oii...hahahaha

p/s : tO mama iza jgn marah ea..k.long cite pasal mama..hihiihihi

~Berangan Seketika~

haaishh...time2 exam nie lah...suke sgt nk berangan..
orang suh baca buku...tp dok termenung je keje nye..
ape nk jadi nie..huhuhu
lately nie...perasaan chu makin tak tentu arah..
takut ade..exicted ade..hepi ade..debar2 ada..macam2 lah..
macam masak 3 ase gi2..
tp yg pasti..skrng chu byk sgt berangan...hik3
chu slalu berangan..mcm mane ea nnt muke chu waktu kawen nnt...
cantik ke idak ea??huhuhu
dok berangan mase makan beradat..malu2 u..hahhaaha
tp satu je chu tak pernah berangan..
time....tuttttttttttttttttt
hahahahaa..time tue chu tak berani nk berangan..
biarlah terjadi dgn sendiri..hik3 ^__^

tinggal 30 hari je lagi nie..pejam celik..pejam celik..akan sampai waktunye..
sungguh  SUMPAH..berdebar2..
kwn2 slalu pesan..releks..tumpu exam...
tp chu tak boleh nk releks...huhuhuhu
dlm 30 hari mcm2 boleh jadi...
dan semestinya chu sentiasa doakan yg baik2 lah kan..huhuhuhuhu
dan harap2 semua pun doakan yg baik2 je tuk majlis chu nnt..
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA..
AMINN

ase2 chu akan cantik mcm RAJA FARAH nie tak??hik3 

ase tersentuh bila melihat gambr nie...ase nk menangis..huk3
(belum di sarungkan lagi dah feeling chu nie..hik3)


~yeah..akhirnya~

shuke..shuke.shuke...yeah...hihihhi
(mcm owg tak betul je kan chu nie..hahaha)
chu shuke sgt...hihihihi
sbb ape tau....sbb....
chu dah berjaya membuat entry chu boleh di komen..hahaha
(tue pun nak kecoh...entah pape chu nie..wakakaka)
biorlah..blog chu..suke ati chu larh..muaahahahahaha
thanks to Mr.Kay sbb die yg tegur pasal entry chu tak leh komen..huk3..
dah puas chu odek2...akhir nya..chu berjaya..wakakakakaaka
tue yg chu shuuuuuuuukkkeeeeeeee sgt..hik3..

p/s : iza  n Mr.Kay cepat lah komen ape yg korang terbantut nak komen ri2..hik3..

~APA BAHAGIAN TUBUH YANG PALING BEERTI??~

aku tak tahu lah sama ada korang dah baca artikel nie atau belum..tapi aku sgt2 tersentuh dgn artikel nie..huk3..kepada yg belum baca.jom kita baca sama2.. :)

 Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti." Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta." Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku." Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok. Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?" Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti. Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past, Change the events for future, or You will be miserable forever…  


 Artikel iluvislam.com

Monday, May 2, 2011

~Warkah Buat si Dia~

kalu utk ex2 aku,aku sediakn warkah...so tak adillah kan kalu tuk kesayangan aku,aku tak buatkan warkah..hiihi
ni plak KHAS BUAT MOHD FAUZI B.SHAFII TERCINTA..harap ayg terhibur.. :)

Air teh...
itulah yg menjadi permulaan hubungan kita..
dengan 1 perkataan "itu air teh kak" telah membuka tirai dalm pehubungan kita..
dalam diam ayg memehatikn diri syg..
yg ketika itu adalah seorang pelajar yg comot berbaju sekolah..bertudung labuh..(malu tau..huhu)
padan lah setiap langkah syg menjadi tak menentu..
rupanya sedang diperhatikan oleh seseorang insan yg memang ditakdirkan utk syg...(insyallah..amin )
sifat takut2 berani ayg telah membuatkan hati syg terpikat..
tapi syg tak berani nk mengungkapkan syg kerana syg masih milik owg..huhu
maafkn syg..kerana telah membuatkan ayg kecewa ketika itu..

akibat kekecewaan,ayg pergi mendiamkan diri..
hari demi hari..hati syg dilanda kerindui yg amat sgt..
hari2 syg menanti masej ayg..
namun tiada perkhabaran...

tiba nya satu masa..
ayg dtg membwa khabar..
dan yg paling yg gembira apabila ayg menyatakan ayg masih menunggu diri syg..
waktu itu syg merasakan dunia ini seperti syg yg punya..hahahaha
hari demi hari..kita mengenal hati budi masing2..
sampailah satu ketika...

pada 3 JUN 2007..
syg "awak..awk masih tunggu saya ke??"
ayg "ye wak..sya masih tunggu awk..kan sya dah jnj.."
syg "kalu sya nk bg keputusan mlm nie awk sedia nk trima ke"
ayg "ye..sya sedia"
syg "betul nie??? awk tak kisah kalu kptsan tue buat awk kecewa"
ayg "sya trima apa pun keputusan awk."
syg "ok..kalu mcm tu..ok...sya dah pikir masak2..sya trima awak"
ayg "betul ke ni wak"
syg "betul wak..sya trima awk dlm hidup sya"
ayg "thanks wak..sbb trima sya"

selepas tue..bermulalah bibit cinta antara kita..
walaupun ade ketika syg belaku dingin dgn ayg kerana kesan dr kisah lampau syg...
ayg ttp sabar dalam melayan kerenah syg..
ayg mngajar syg tuk seringkali meminta maaf..
ayg mengajar syg erti susah dan senang bersama..
ayg tidak akan pernah miss mengucapkan 'GUD LUCK" stp kali cyg nk EXAM..
ayg sentiasa memberi support tuk syg berjya..
ayg ikut syg tunaikan solat hajat di sekolah..
walaupun perkara remeh seperti alat tulis..kismis..ayg ttp akan belikan tuk syg..
tujuannnya supaya syg semangat dlm menjawab exam..

satu yg syg kagun dn ayg..
sbb nye ayg brani..
ayg brani bersemuka dgn mak meminta izin nk berkawan dgn syg..
dgn keberanian ayg nie menunjukkan ayg nie serius dlm hubungan kita..
walaupun kita pernah terkantoi keluar berdua dgn mak syg..
tp ayg bertanggungjwab..
ayg sedia menerima hukuman dr mak dan ayah atas kesalahan yg kita lakukan..

tipulah kalu syg ckp yg hubungan kita tiada pasang surut nya..
walaupun kita begaduh..
samada besar atau kecik..
yg bestnye..tak smp 3 hari hubungan kita akan kembali seperti biasa..
syg masih ingt kata2 ayg "walaumacam mane pun kita gaduh..jgn sesekali ucapkan perkataan putus"
kata2 ayg nie akan syg simpan sebagai pegangan hidup sampai bila2..
n mungkin kerana prinsip ayg nie..walaumacammane kita gaduh kita pasti akan bersatu balik..
dan syg harapkan ianya akan kekal selamanya..amin :)

Tinggal 31 hari lagi kita akan disatukan..
dan kita akan disatukan pada 3 JUN 2011..
dimana ia merupakan trikh permulaan hubungan kita dalam bercinta dahulu..
syg harap cinta yg kita semai akn membuahkan bunga2 yg mekar dan indah sepanjang hayat kita..
dan syg berdoa agar semua yg dirancang akan berjalan dengan lancar dan sempurna..
walaupun ayg bukanlah insan pertama yg hadir dlm hidup syg..
tetapi syg berjanji insyallah..ayglah insan terakhir dalm syg nk hidup sepnjang hayat syg didunia dan akhirat..
semoga ayg dapat membimbing syg menjalani kehidupan didunia dan di akhirat kelak..
AMINN :)

CINTA KU HANYA UNTUK MU

~warkah terakhir buat ex2~

malam tadi..tgh2 dok golek2 nak tido..tetibe je dtg idea nk tulis warkah buat my ex2 bf yg penh hadir dan pergi dlm hidup ku ini...tak terlintas pun nak mengenang sejarah lampau..ia hnylah sebagai warkah yg terakhir sblm aku menjadi ISTERI kepada MOHD FAUZI B. SHAFII.. :)
harap en.tunang tak marah ea..:) walaupun engkau bukan yg pertama..tetapi aku janji insyaallah engkaulah yg terakhir :)

MR.H...
Tak dinafikan..dulu bg ku,engkau adalah cinta pertama ku..
walaupun jarak antara kita 10 tahun..aku tak pernah merasakn itu penghalang tuk kita bersama..
kau hadir mengajar aku erti KASIH SAYANG..
kehadiran kau mengubat rase CEMBURU aku pada kwn2 yg sudah mempunyai pasangan..
walaupun aku dikatakan masih mentah..(yelah..baru 10 tahun.huhhu)
kau sanggup menunggu dengan niat ingin membela aku terlebih dahulu...

tapi..
kita hny merancang..tuhan menentukan segalanya..
dgn sikap ku yg keanak2kan..
hubungn kita putus di tengah jalan..
pada mulanya..aku merasa amat kesal..
sehingga aku merasakan dunia nie gelap..
aku cube utk membunuh diri demi diri kau..
akhirnya..dgn sokongan kuat dr family...aku teruskn perjalanan hidup tnp diri mu di sisi..

sdng aku bergembira..
kau datang membawa duka..
kau memberi kad undangan perkahwinan yg tertera pada "20 JANUARI"
tidak kah kau tahu itu tarikh lahir ku????
knp kau masih nak memberi aku harapan ketika itu???
walau berat..aku ttp gagahi pergi ke majlis bahagia pun..
air mata mengiringi pemergian mu..

tetapi kini..
segalanya berubah..
aku bersyukur..kerana kita tidak di satukan..
kerana sikap mu,membuatkan aku terus ilang respect terhadap mu..
ternyata ALLAH menyayangi ku..
jika aku tidak membuat hal dahulu...dah pastinya aku takkn kenal siapa diri mu...
walau bagaimana pun..trima kasih kerana pernah hadir dlm hidup ku..
serta mewarnai n memberi aku pengalaman hidup dunia yg penuh dusta ini..
semoga kau bahagia bersama isteri dan anak2 yg tercinta :)


MR. A...
Maaf...sepanjang pehubungan kita...aku tak pernah menyayangi mu sepenuh hati ku..
CINTA ??? lagi lah tk de..hihiihi
sory ye..hihiihi
pada dasar nya aku terima kau hnylah semata2 sifat kasihan.
(yelah..ko declare depan2..mcm mane aku nk tolakkan..huhuhu)
walaupun dlm hubugan kita yg tak smp setahun tue asyik break smbung..break smbung..ttp aku nk ucap trima kasih byk2..
sbb ko memberi aku pengalaman lebih dalam mengenal lelaki..
walaupun aku dah lama maafkan ko..
tetapi words yg ko keluarkan utk aku "aku pelacur" "aku pompuan jalang" takkn aku lupe kan smp bila2..
sbb kn perangai ko..aku tak berbalik pada ko..ko sanggup keluarkan words tue???
ape punya lelaki lah ko nie kan...
mcm tue ke cra nk pujuk perempuan??
pas2 senang2 je ko nk minta maaf...
ko tak ase betapa sakitnya hati aku nie....
(oppssss..sory..teremo lah plak..huhu)
pape pun thanks..sbb pernah muncul dlm hidup aku...walaupun byk sakit yg ko beri...
tp aku tak kisah..sbb aku tak syg ko sepenuh hati pun..hahahhaahaha
entah..susahlah aku nk syg ko..
aku dah cube..tp tak boleh...
soryy ye.. :) peace n war :)
semoga kau bahagia di samping insan yg tersayang :)

MR. A.S.....
ni lagi sorang...
aku dah abis berkorban tuk ko..
ko senang2 je blah mcm tue ye..
last2..semua kesalahan ko hempuk kat aku..
semua owg menyalahkan aku..
konon family ko malu tak keluar rumah sebulan gara2 parent aku pnggil ko tuk berjumpa..
piirahh....nk muntah aku dengar..
konon sayang..
konon cinta...
cinta taik kucing lah ko....
kne uji skit trs blah..
langsung tak de tnggungjawab..
lelaki jenis ape ko nie??? PENGECUT!!!!!!!!!
aku lebam2 kne pukul dgn parents aku sbb nk bela ko..
tp ble aku perlukan ko..ko BLAH mcm tue...
tup2..ade adik angkt...
adik angkat taik kucing...
dok peluk2 adik angkat ape mcm tue..
ko ingt aku nie budak kecik yg senang2 ko reka cerita...
bila aku dah jumpa dgn owg yg betul2 syg aku..
ko merayu nk kembali pada aku...
sory to say lah..
aku takkn sesekali jadi bodoh...
baik aku terima owg yg betul2 syg aku...
drpd aku trima owg yg aku sayang..
yg bikin aku panas..awek ko yg berlagak baik tue apesal masej aku dulu??
konon "dulu dia tak cintakan nas pun...dia wat mcm tue sbb bertaruh gan kawn2 die"
ko ingt aku brng taruhan..
cinta aku ikhlas lah ngok...
kau tu yg bodoh..
n 1 more thing aku nk bg tau kat awek ko...jgn lah dok bangga sgt..sbb dpt jadi awek dia..(oppss skrng dah jdi tunang kan) klu dia boleh wat mcm tue pada aku...tak mustahil dia boleh buat pada ko..
tapi aku harap die berubah lah kan..
anyway..thanks sbb dtg dlm hidup aku...
n thanks juga..sbb ko aku tahu mcm mana nk bezakan kaca dan permata..
dan ternyata..kau adalah kaca dlm hidup ku...
walaupun susah utk aku buang syg aku pada kau 1 ketika dahulu..
tp akhirnya..aku berjaya buangkan ia jauh dr idup ku...
dan aku jugak dah dapat buktikan pada semua yg pandang rendah pada aku..
yg aku dapat masuk ke U n sedng melangkah ke puncak kejayaan..
aku doakan ko bahagia hingga akhir hayat
peace no war :)

MR. F
perhubungan kita tak disangka2...
kau hadir mase hubungan aku dan si dia sedang bergolak dilanda ribut..
walaupun hny sementara..
aku nk ucapkan trima kasih..
krna kau hubungan aku dan dia semakin rapat..
kerana kau..aku cukup2 menghargai diri nya sekarang..
dan kerana kau..aku yakin..dia lah jodoh ku...
maaf mungkin kau dirasakan dipergunakan..
namun tak terniat lngsng utk aku mempergunakan diri mu untuk kepentingan diri ku ini...
semuanya terjadi dlm sekelip mata..
kau dtg dan kau pergi..
aku doakan kau bahagia disamping ISTERI yg tercinta..
semoga kau dikurniakan anak yg soleh dan solehah..
amin :)

p/s : ini hanya lah luahan semata2..yg aku pendam yg tak dapat aku luahan kan wat kali terakhir utk insan2 diatas..kalu aku berpeluang cakap dgn diaorng dlu..sekalai gn penampar aku kasi..wakaakkaka..to en.tunang MOHD FAUZI SHAFII..hanya kau yg satu2nya bertakhta di hati ku.. :)

Sunday, May 1, 2011

~hari yang mereng~

hari nie adalah hari yg betul2 mereng dlm diri chu..
dr pagi chu on9..post kat wall dgn macam2 post..
chu pun heran..apesal lah chu jadi mcm nie hari nie..huk3
mungkin sbb kebosanan yg terlampau kot..huhu

tetibe dlm kul 1 lebih kwn baik chu masej
"syg..ptg nie kuar jom"
chu tny : g mane?
dia jawab : "g tgk sunset"
chu pun mcm owg gantuk di sorongkn bantal..chu setuju je lah..hihihi

dlm kul 4 kteorng gerak..
sume skali yg g 4 owg...2 ag tue kwn kpd kwn chu nie..
sorang nie cute..mata die cantik..hihihi (oppsss....kang jeles plak tunang chu nie...hik3..bkn ape..mengagumi keindahan ALLAH..tak salah kn..hihihi)
n then sorang ag tue riuh....asyik dok gaduh je gan si iza nie..hihihihi 
riuh di buat nye...nk tergelak je chu tgk diaorng..hihihihi

anyway..thanks iza sbb ajak aku g tgk sunset..agak lama gak aku tak p tgk.HU2
at least terubat gak keboringan aku di bilik..hihihihi 
len kali ajak lah lagi..wakakakkakaa

ini lah iza..my best fren chu kat ums nie..
 dia jugalah yg akan jadi pengapit chu mase chu kawen nnt..hihihi

cantikkn pemandangan sunset nie.. :) 
sorylah..tngkp gune fon je...kurang skit kualiti..huk3

yg tembam nie lak..chu lah..hik3..makin nk kawen..makin berisi..
owh tidakkkkk!!!!!!!!


yg nie lak pemandangan BANDAR KOTA KINABALU waktu malam..:)
cantikkan :)

kalu korang nk mai kk nnt leh lah roger2 gan chu...leh chu jdi pemandu pelancong korang..hihihi

~sLamat Hari Buruh~

Pejam celik..pejam celik...skrng dah masuk 1 MAY 2011..kejap je kan mase berlalu..
dan pasti nye.shopping2 complex tue mesti akan sesak gn warga2 pekerja..bg ibu bapa time nie lah meke akan membawa anak2 meke g jalan2..owh..bahagianya.. :)
di kesempatan nie..chu nk ucapkan slamat HARI BURUH buat semua warga pekerja..
walaupun ayah chu,abg chu n si dia tak dapat cuti.( maklum lah..keje polis..)huhu dan semua pekerja yg tak dpt cuti...jgn isau..next time korang cuti plak ye..hik3..
anyway..chu doakan kegembiraan korang semua :)
Aminn :)